KUALA LUMPUR - Pas mengemukakan tiga bukti yang menganggap DAP mempunyai agenda politik bahaya dan perlu diharamkan.
Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, beberapa isu kontroversi telah dibangkitkan DAP akhir-akhir ini antaranya melibatkan ucapan Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim Chee Keong berhubung Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) dan penerbitan komik bertajuk Inisiatif Jalur dan Jalan Meraih Manfaat Bersama.
"Pertama, saya telah mengemukakan bukti ucapan Steven Sim Chee Keong (DAP) dalam forum Naratif Malaysia Baru yang diadakan pada 14 September di Mega Chinese Methodist Church, Kota Damansara, Selangor.
"Saya telah mendesak pihak polis menyiasat ucapannya (yang berbunyi) 'The Kingdom of God is an unstoppable mission, and the reason is simply this, God Himself will act on it and that is our unshakeable confidence',” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Selain itu, Tuan Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata, beberapa pemimpin DAP didakwa terlibat dengan kumpulan pengganas LTTE, susulan penahanan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) parti itu.
"Ketua Polis Negara juga telah mengakui bahawa penahanan terhadap beberapa individu yang dikaitkan dengan LTTE adalah berdasarkan bukti kukuh dan hasil risikan polis.
"Hal ini menunjukkan bahawa penangkapan pemimpin DAP yang dikaitkan dengan LTTE bukan satu tindakan politik tapi demi kepentingan negara,” katanya.
Bukti seterusnya dakwa Tuan Ibrahim adalah perintah larangan terhadap penerbitan buku komik bertajuk Inisiatif Jalur dan Jalan Meraih Manfaat Bersama yang ditulis oleh aktivis DAP, Hew Kuan Yau dan pengantarnya ditulis oleh Setiausaha DAP, Lim Guan Eng
"Menurut KDN, buku ini telah mempromosi ideologi komunisme, sosialisme, menyebarkan fakta salah, mengelirukan dan juga mempertikaikan perjuangan tokoh terdahulu dalam memperjuangkan kemerdekaan negara,” katanya.
Tuan Ibrahim berkata, tiga bukti ini sekurang-kurangnya menjadi asas bahawa agenda DAP semakin bahaya kepada politik negara.
"Malah, tindakan tersebut bercanggah dengan pembentukan asas kenegaraan dan Perlembagaan Persekutuan. Maka dengan ini wajarlah DAP diharamkan," katanya.