Seorang pegawai SAF didakwa atas kematian anggota pasukan

Iklan
CFC Liu Kai meninggal dunia susulan satu kemalangan di tapak latihan Jalan Murai pada 3 November tahun lalu.- Foto Agensi

SINGAPURA - Seorang pegawai Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) didakwa di mahkamah hari ini atas kematian anggota Perkhidmatan Negara sepenuh masa (NSF) Liu Kai.

Kenyataan media pihak polis menyebut, Kapten Ong Lin Jie, 28, didakwa kerana bertindak terburu-buru sehingga menyebabkan kematian manakalam lima lagi didakwa di bawah Akta Rahsia Rasmi kerana membocorkan gambar berkaitan insiden itu.

Iklan
Iklan

Korporal Kelas Pertama (CFC) Liu Kai meninggal dunia susulan satu kemalangan di tapak latihan Jalan Murai pada 3 November tahun lalu.

CFC Liu sedang mengendalikan sebuah Land Rover sebagai sebahagian daripada satu latihan tentera apabila sebuah kenderaan Bionix mengundur lalu merempuh kenderaannya.

Iklan

Lelaki berusia 22 tahun itu meninggal dunia akibat kecederaan yang dialami dan latihan seluruh SAF digantung atas sebab keselamatan termasuk latihan di luar negara.

CFC Liu Kai meninggal dunia susulan satu kemalangan di tapak latihan Jalan Murai pada 3 November tahun lalu.- Foto Agensi

Iklan

Mengikut kertas pertuduhan mahkamah, Lin Jie, yang juga komander kenderaan Land Rover gagal menyimpan jarak selamat 30 meter antara kenderaan dan Bionix yang mengakibatkan kematian CFC itu.

Lin Jie bakal berdepan hukuman penjara sehingga lima tahun, didenda atau kedua-duanya sekali jika didapati bersalah.

"Dua daripada mereka, Muhammad Arif Azman dan Mohamad Haikal Mohamad Zainal Abiddin sedang menjalani Perkhidmatan Negara bersama Pasukan Pertahanan Awam Singapura dan berada di tempat kejadian dan mereka mengambil gambar kejadian lalu menyebarkannya menerusi WhatsApp," menurut pihak polis.

"Lagi tiga individu, Brandon Tan Jien Jet, Thng Yu Xuan dan Muhammad Zaki bin Haji Mokhtar menerima gambar-gambar tersebut. Walaupunmenyedari gambar berkenaan mengandungi maklumat rasmi yang sensitif mereka menyebarkannya tanpa sebarang kebenaran," katanya.

Jika sabit kesalahan kelima-lima tertuduh boleh didenda sehingga SG$2,000 (RM6143) dan dipenjara sehingga dua tahun.- Agensi