Tujuh dikhuatiri lemas bot karam di perairan Merabung

Iklan

LAHAD DATU - Tujuh termasuk dua kanak-kanak daripada sembilan individu masih hilang dan dikhuatiri lemas selepas bot jongkong dinaiki karam di perairan Merabung, Tungku dekat sini semalam.

Komander Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 4 Sabah, Asisten Komisioner Mohamad Pajeri Ali berkata, seorang lelaki yang juga juragan bot dikenali sebagai Long Sahlihi Wahi, 29, beralamat Sibutu, Filipina, ditemui selamat oleh anggota PPM yang bergegas ke lokasi selepas menerima laporan kecemasan daripada orang awam, pada jam 3.05 petang.

Iklan
Iklan

"Hari ini pula, pada jam 10.10 pagi, satu mayat wanita ditemui terapung di Laut Bongingod oleh nelayan.

"Masih ada tujuh individu hilang termasuk dua kanak-kanak," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Iklan
Iklan

Mohamad Pajeri berkata, kerja-kerja mencari dan menyelamat masih diteruskan ketika ini. - Bernama