Datuk Bandar Filipina dibunuh

Iklan
Sebutir kelongsong peluru kelihatan di lokasi pembunuhan Datuk Bandar Clarin, David Navarro di Cebu City hari ini.

MANILA - Seorang Datuk Bandar di Filipina ditembak mati semasa dalam tahanan polis hari ini.

Insiden membabitkan Datuk Bandar Clarin di wilayah Misamis Occidental, David Navarro itu berlaku di sebatang jalan di Cebu City.

Iklan
Iklan

Saksi berkata, Navarro diserang sekumpulan lelaki bertopeng sekitar jam 2.30 petang (waktu tempatan).

Sebelum kejadian, Navarro dibawa menaiki van polis menuju pejabat pendakwa raya.

Iklan
Iklan

Pembunuhan itu berlaku sehari selepas Navarro ditahan polis Cebu City kerana menyerang seorang pekerja di sebuah rumah urut di Fuente Osmena. - Agensi