Maldives nyatakan minat anjur World #QuranHour tahun depan

Iklan
Muhammad Nasir memberikan penerangan mengenai World #QuranHour kepada Ahmed Zahir.

SHAH ALAM - Menteri Agama Maldives, Dr Ahmed Zahir Ali menyatakan minat untuk menganjurkan World #QuranHour di negaranya mulai tahun depan.

Perkara itu dinyatakan kepada Timbalan Pengerusi Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Muhammad Nasir Hamzah yang membuat kunjungan hormat ke pejabatnya di Maldives baru-baru ini.

Iklan
Iklan

Perkembangan positif itu diterima ketika sesi penerangan mengenai pelaksanaan program World #QuranHour yang telah memasuki edisi kelima tahun ini.

Susulan itu, Dr Ahmed Zahir meminta satu sesi perbincangan lanjut bersama Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) berkaitan penganjuran World #QuranHour dan program al-Quran lain.

Iklan
Muhammad Nasir (empat dari kanan) menyerahkan al-Quran kepada Menteri Pelancongan Maldives, Ali Waheed ketika membuat kunjungan ke negara itu baru-baru ini.

Pada majlis sama, Muhammad Nasir turut mengadakan pertemuan dengan Menteri Pelancongan Maldives, Ali Waheed yang turut menyatakan minat menjadikan #QuranHour dan al-Quran sebagai salah satu aktiviti untuk menarik pelancong di sana.

"Jika sebelum ini setiap tahun World #QuranHour dilaksanakan di Universiti Islam Maldives, insya-ALLAH mulai tahun hadapan jabatan agamanya akan melaksanakan World #QuranHour di seluruh Maldives,” katanya.

Iklan

Program World #QuranHour merupakan sebuah kempen berimpak tinggi inisiatif WUIF bertujuan menggalakkan setiap individu berinteraksi dengan al-Quran melalui baca, faham dan amal.

Ia merupakan usaha menjadikan nilai-nilai mulia daripada al-Quran membentuk jiwa berbudi dan penyayang sehingga menjadi cara hidup seharian setiap insan.

Kempen ini merupakan suatu inspirasi agar manusia mampu melonjakkan potensi diri berlandaskan kerangka fikir al-Quran.

Muhammad Nasir (dua dari kanan) bersama Sekretariat Majlis Nolhivaranfaru ketika berkunjung ke Thiladhunmathi Selatan.