Gojek lancar ciri pengangkutan baharu di Singapura

Iklan
Gojek sedang menimbangkan untuk memperluaskan rangkaian perkhidmatannya di Singapura, menurut tampuk kepimpinan baru syarikat dari Indonesia itu.- Foto: Agensi

JAKARTA - Gojek sedang menimbangkan untuk memperluaskan rangkaian perkhidmatannya di Singapura, menurut kepimpinan baharu syarikat dari Indonesia itu.

Bagaimanapun, syarikat berkenaan menegaskan bahawa ia akan mengambil pendekatan yang lebih tersusun.

Iklan
Iklan

Ketua Pegwai Eksekutif (CEO) Bersama Gojek, Kevin Aluwi berkata, ini kerana pesaingnya Grab yang beroperasi di lapan negara Asia Tenggara dan berpangkalan di Singapura, sudah lama bertapak di sini.

"Kami tentu sekali mempunyai rancangan untuk melancarkan produk lain selain pengangkutan," jawab beliau apabila ditanya tentang rancangan syarikat itu bagi pasaran Singapura.

Iklan

"Sebagai permulaan, pengguna di Singapura boleh menjangkakan lebih banyak ciri-ciri dari aspek pengangkutan dalam tempoh tiga bulan akan datang," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diwawancara media antarabangsa di Ibu Pejabat Gojek di Jakarta.

Iklan

Hadir sama, seorang lagi seorang lagi CEO, Andre Soelistyo yang mengasaskan Gojek bersama mantan CEOnya Nadiem Makarim.

Wawancara itu adalah yang pertama bagi pasangan tersebut sejak mereka mengambil alih tampuk kepimpinan Gojek minggu ini.

Makarim meninggalkan firma tersebut bulan ini untuk menggalas jawatan Menteri Pendidikan dan Kebudayaan dalam Kabinet baharu Presiden Indonesia Joko Widodo.

Tahun lalu, ia melancarkan rancangan peluasan perniagaan bernilai AS$50 juta (RM209.6 juta) dan menembusi tiga pasaran di Asia Tenggara - Vietnam, Thailand dan Singapura - menyusuli pengunduran Uber dari rantau ini.

Meskipun Gojek sebelum ini mengumumkan akan memasuki sektor penghantaran makanan di Singapura, Aluwi berkata, syarikatnya tidak terburu-buru untuk berbuat demikian.

"Sudah terdapat lima pemain lain semuanya bersaing dengan diskaun di antara 30 hingga 40 peratus," kata beliau.

Firma tersebut sedang mengkaji bagaimana ia dapat menawarkan khidmat penghantaran makanan yang berbeza di Singapura memandangkan pasaran di situ sangat sengit.

Semasa memberikan taklimat, Gojek turut mendedahkan bahawa ia mempunyai sekitar 800,000 pengguna aktif di Singapura setiap bulan.

Aluwi menjelaskan meskipun Singapura adalah pasaran yang paling kecil bagi syarikat Indonesia itu, ia tetap sangat berharga kerana pengguna di sini berbelanja lebih besar untuk menggunakan khidmatnya.

Indonesia kekal sebagai pasaran utama Gojek, kata Soelistyo iaitu dengan 80 peratus penggunanya di sana.

Beliau menambah, syarikat itu merancang untuk menebarkan sayapnya ke pasaran antarabangsa dan berharap agar dalam masa beberapa tahun akan datang sebanyak 50 peratus penggunanya adalah dari luar Indonesia.

Pada taklimat sama, Soelistyo mengesahkan Gojek masih menyasarkan tawaran awam awal (IPO) - meskipun belum lagi menetapkan tarikh pengumumannya. - Agensi