Tidak 'balik modal' pertahankan DAP: Nasrudin

Iklan
Nasrudin

SHAH ALAM - Pemimpin Bersatu dan semua pemimpin Islam dalam Pakatan Harapan (PH) diminta segera insaf dan sedar tentang sikap DAP yang selamanya pembawa malapetaka kepada negara.

Ahli Jawatankuasa (AJK) Pas Pusat, Nasrudin Hassan berkata, tidak ‘balik modal’ untuk terus mempertahankan parti yang aktif memecah-belahkan kesatuan khasnya yang melibatkan orang Melayu.

Iklan
Iklan

"Pas pernah mengalaminya dan faham serta tahu benar sikap DAP. Pengalaman semasa bersama Barisan Alternatif dan Pakatan Rakyat sudah jelas dan cukup untuk memahami siapa DAP.

"Kini DAP buat perangai dalam PH. Memang DAP parti ‘spoiler’. Mana-mana parti yang bersama dengan DAP tidak akan boleh duduk aman dan tenteram. Satu ketika, mereka akan jadi mangsa kerakusan DAP,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Iklan

Menurutnya, DAP juga merupakan sebuah parti yang tidak boleh duduk diam untuk menghormati pihak lain selain suka mencabul perjanjian dan mengkhianati kepercayaan yang diberikan.

"Percayalah, DAP tidak akan pernah berterima kasih jauh sekali mengenang budi. Justeru ia adalah sebuah parti 'serigala yang hanya menunggu peluang untuk menyergap mangsa.

Iklan

"Saya yakin dan mengajak semua umat Islam khasnya untuk turut sama yakin bahawa kita mampu dan boleh berjaya membangun dan membina negara ini tanpa DAP,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN:

Pas-kemuka-tiga-bukti-kenapa-DAP-wajar-diharamkan