SHAH ALAM - Lebuhraya Shah Alam (KESAS) menawarkan diskaun 10 peratus bagi kenderaan kelas satu sempena perayaan Deepavali pada Ahad ini.
KESAS Sdn Bhd dalam satu kenyataan hari ini memberitahu, semua kenderaan kelas satu itu akan menikmati diskaun tol berkenaan bermula pada Ahad ini bermula pukul 12.01 tengah malam hingga 11.59 malam.