APM pantau kawasan pantai

Iklan
APM melakukan pemantauan berkala di pantai berdekatan.

KUALA BESUT- Tidak ada sebarang laporan tentang sebarang kerosakan rumah atau pokok tumbang di daerah ini sehingga jam 7 malam ini.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah, Mohd Suhaimi Awang berkata, pihaknya belum menerima sebarang aduan berlaku kerosakan ekoran tempias ribut Tropika Pabuk sepanjang hari ini.

Iklan
Iklan

Menurutnya, keadaan angin di kawasan pantai Besut didapati agak kencang disertai ombak besar namun tidak membawa kepada kejadian tidak diingini.

"Pihak kami melakukan pemantauan berkala termasuk di pantai berdekatan dengan perkampungan dan pusat perkelahan seperti di Pantai Bukit Keluang,” katanya.

Iklan

Tinjauan Sinar Harian juga mendapati keadaan di Pantai Lengan dan orang ramai tidak mendekati pantai kerana ombak agak kuat termasuk tidak ada aktiviti bot nelayan keluar masuk di muara Kuala Besut.

Iklan