12,000 serbu Festival Keusahawanan UiTM 2019

Iklan
Pengarah Pembangunan Pelajar, Dr Mohd Bahrin Othman melepaskan peserta Larian Keusahawanan sempena Festival Keusahawanan UiTM 2019 yang disertai lebih dari 1,500 peserta terdiri daripada pelajar dan orang awam sekitar Shah Alam.

SHAH ALAM - Lebih 12,000 pengunjung menyertai Festival Keusahawanan Universiti Teknologi Mara (UiTM) 2019 yang berlangsung selama dua hari bermula Sabtu lepas di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam.

Program anjuran Bahagian Hal Ehwal Pelajar dengan kerjasama Hotel dan Penginapan Sekitar Malaysia Academy of SME Entrepreneurship Development (Masmed) itu bagi memberi pendedahan kepada mahasiswa berkaitan konsep perniagaan di era moden selain menyediakan platform mewujudkan jaringan bersama industri dan agensi kerajaan yang berpotensi membantu usahawan baharu.

Iklan
Iklan

Penolong Pendaftar Kanan, Pusat Kegiatan Pelajar HEP UiTM Shah Alam, Rahman Naim Mat Ali berkata, pelbagai aktiviti dianjurkan termasuk pameran keusahawanan dan produk oleh fakulti di UiTM, pameran oleh Perbadanan Harta Intelek Malaysia, Amanah Ikhtiar Malaysia, Institut Koperasi Malaysia, Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia dan beberapa syarikat swasta lain.

Program yang turut dimeriahkan oleh beberapa tokoh industri dan selebriti tempatan itu dirasmikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Anggerik, Mohd Najwan Halimi.

Iklan

Sementara itu, mahasiswa Fakulti Sains Gunaan UiTM, Nurul Zulaikha Mohammad Zamri berkata, program itu memberi banyak memberi pendedahan mengenai dunia perniagaan sebenar.

"Kami berpeluang menjalankan aktiviti keusahawanan dan mencungkil bakat serta kemahiran yang ada. Program sebegini harus diteruskan lagi pada masa akan datang,” katanya.

Iklan