'Dendam' beruang sarkas

Iklan
Beruang terbabit bertindak menggigit leher dan kepala pelatihnya.

MOSCOW - Seekor beruang yang sedang membuat persembahan sarkas bertindak menyerang pelatihnya dalam satu kejadian menggemparkan di wilayah Karelia di Rusia semalam.

Ketika insiden itu, haiwan terbabit sedang menolak kereta sorong apabila ia bertindak ganas dan menolak pelatihnya secara tiba-tiba.

Iklan
Iklan

Beruang itu turut menggigit kepala dan leher mangsa hingga mencetuskan panik dalam kalangan penonton terutama kanak-kanak yang turut menjerit selepas melihat haiwan itu mengamuk.

Seorang rakan pelatih itu cuba melepaskan mangsa amukan beruang seberat 272 kilogram itu.

Iklan

Keadaan menjadi semakin tidak terkawal apabila penonton mula berebut-rebut mahu keluar untuk menyelamatkan diri.

Pelatih terbabit dilaporkan cedera,namun tiada butiran lanjut diberikan.

Iklan

Salah seorang penonton, Galina Gurieva, 27, berkata, kakinya masih menggeletar apabila mengingatkan kejadian itu.

"Saya sangat terkejut. Tiada pagar keselamatan yang memisahkan ruang persembahan dengan penonton yang hanya berada pada jarak beberapa meter jika berlaku kejadian tidak diingini seperti itu," ujarnya.

Walaupun beruang itu cuba ditenangkan dengan menggunakan perenjat elektrik, ia masih boleh berjalan di sekitar arena terbabit hingga menakutkan penonton.

Susulan kejadian itu, Jawatankuasa Siasatan Rusia telah melancarkan siasatan terhadap dakwaan menyediakan perkhidmatan yang tidak selamat kepada orang ramai.

Difahamkan, beruang yang membuat persembahan 'Bow-legged and the Wheelbarrow' itu merupakan binatang yang menjadi tarikan dalam Anshlag Tent Circus tersebut. - Agensi