Mangsa banjir di Pulau Pinang meningkat
Iklan
BUKIT MERTAJAM - Jumlah mangsa banjir di Pulau Pinang meningkat pagi ini kepada 124 orang berbanding 31 orang semalam dengan dua lagi pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di daerah Seberang Perai Tengah (SPT) malam tadi.
Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar Pulau Pinang, Phee Boon Poh berkata, dua PPS itu membabitkan Dewan Orang Ramai Bukit Teh dan Dewan Orang Ramai Projek Perumahan Rakyat (PPR) Tok Suboh itu dibuka semula selepas kawasan tersebut mengalami banjir kilat berikutan hujan lebat semalam.
Iklan
Iklan
"Dewan Orang Ramai Bukit Teh dibuka pada jam 10.52 malam tadi dan sehingga pagi ini seramai 15 orang termasuk seorang bayi daripada lima keluarga di tempatkan di situ," katanya di sini hari ini.
Menurutnya, di PPS Dewan Orang Ramai PPR Tok Suboh seramai 83 orang termasuk tiga bayi daripada 25 keluarga mula ditempatkan di situ bermula 9.30 malam.
Iklan
Katanya, selain itu, PPS Tadika Kemas Kampung Manggis yang dibuka sejak Selasa juga masih menempatkan 26 mangsa banjir termasuk seorang bayi daripada tujuh keluarga.
"Seramai lima orang daripada sebuah keluarga yang sebelum ini ditempatkan di PPS Tadika Kemas Kampung Manggis telah keluar untuk tinggal bersama keluarga mereka, rumah mangsa itu masih mengalami banjir," katanya.
Iklan
Phee berkata, air banjir yang melanda kawasan berkenaan antara 0.2 meter hingga 0.6 meter.
Katanya, pihaknya sentiasa memantau dari semasa ke semasa terutama ketika hujan lebat bagi memastikan penduduk yang dilanda banjir kilat dapat dipindahkan segera bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini.
"Selain itu hujan lebat di kawasan Kulim, Kedah juga boleh menyebabkan berlaku banjir kilat di beberapa lokasi di Bukit Mertajam kerana berlaku limpahan air Sungai Junjong membawa ke sini," katanya.
Ketika ini cuaca di kawasan Bukit Mertajam mendung. - Bernama
Pengalaman berdepan situasi cemas di tengah laut termasuk menyelamatkan beberapa mangsa tragedi bot karam baru-baru ini membuatkan Pencipta kandungan atau YouTuber dikenali sebagai Mohd Khushairi Mohd Zuki lebih menitik beratkan soal keselamatan setiap kali turun memancing, lapor wartawan Sinar Harian, Mohd Iskandar Othman.
Berkongsi pengalaman bersama rakan menyelamatkan empat nelayan warga Indonesia yang terapung selama empat hari di tengah laut berhampiran Pulau Jarak pada Rabu lalu, Mohd Khushairi berkata, mereka bernasib baik kerana dapat berpaut pada tong ikan dan botol yang diikat pada badan masing-masing.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/698041/edisi/utara/youtuber-kongsi-pengalaman-selamatkan-empat-mangsa-bot-karam