JOHOR BAHRU - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar mahu Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) serta agensi penguatkuasaan lain meningkatkan operasi rondaan di kawasan hutan di Johor bagi membanteras aktiviti pemburu haram.
Melahirkan rasa kebimbangan baginda, Sultan Ibrahim bertitah, negeri itu yang kaya dengan flora dan fauna perlu sentiasa dipulihara serta dijaga dengan sebaiknya.