Pengarah filem dikhuatiri lemas

Iklan
Sungai Jelai di mana seorang pengarah filem dikhuatiri lemas ketika sedang memancing bersama rakan. Gambar kecil: Firdaus

LIPIS - Seorang pengarah filem dikhuatiri lemas selepas bot yang dinaikinya terbalik di Sungai Jelai dekat jambatan Gemunchur Mela di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 petang itu, mangsa Firdaus Hanif, 43, yang berasal dari Taman Sri Keramat, Kuala Lumpur itu sedang memancing bersama seorang rakannya.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azli Mohd Noor berkata, sehingga jam 5 petang ini mangsa masih belum ditemui.

Operasi SAR yang sedang giat dijalankan di lokasi kejadian hari ini.

"Pencarian dilakukan di kawasan mangsa terbalik sehingga 3 kilometer mengikut arus sungai," katanya.

Iklan

Menurutnya operasi mencari dan menyelamat (SAR) sedang giat dijalankan dengan kekuatan 43 anggota keselamatan daripada pelbagai agensi termasuk bomba, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan polis serta penduduk kampung.

Memetik laporan portal Astro Awani, mangsa atau dikenali Pitt Haniff adalah anak kepada pelakon terkenal, Fauziah Nawi.

Iklan

Berita berita sedih itu turut dikongsi oleh isteri mangsa, Farah Ahmad di Instagram.

Orang ramai menggerumuni lokasi kejadian.