SUNGAI PETANI – Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Negeri Kedah mengutuk sekeras-kerasnya kenyataan Menteri Perpaduan, P Waytha Moorthy yang mendakwa kerajaan zalim terhadap bangsa lain sekali gus menganggap ia satu pembohongan.
Pengerusinya, Razeff Shardin Mat Rejab berkata, kenyataan yang dibuat oleh pemimpin itu di Netherlands turut menyentuh tentang pelajar India yang tidak mendapat penajaan biasiswa, tidak diberi peluang memasuki institut pengajian tinggi awam dan gagal menjadi penjawat awam adalah tidak benar.
Menurutnya, pelajar India dipaksa menganut agama Islam sekiranya ingin memohon adalah tidak benar sama sekali.
"Kenyataan beliau menyentuh hak keistimewaan orang Melayu yang terdapat dalam Perlembagaan Persekutuan juga dilihat sebagai tidak berasas,” katanya.
Menurut Razeff, Malaysia telah mencapai kemerdekaan selama 61 tahun dan sejak kemerdekaan dicapai, tiada masalah perkauman yang berlaku sehingga boleh menggugat perpaduan negara.
"Kenyataan yang dibuat oleh menteri berkenaan boleh mencemar keharmonian negara ini.
"Kita juga meminta kerajaan dan Majlis Raja-Raja Melayu mengambil tindakan sewajarnya supaya perkara ini tidak akan berulang selain menjadi pengajaran kepada pihak yang cuba mengapi-apikan perpaduan negara,” katanya.
Beliau menegaskan, pihaknya memandang perkara serius isu itu dan mendesak supaya Moorthy memohon maaf secara terbuka melalui media masa dan media antarabangsa kerana telah memburukkan imej negara di mata dunia.
Dalam perkembangan berbeza, GPMS Kedah memohon jasa baik Jabatan Pendidikan Negeri Kedah memberi perhatian terhadap pihak yang mengedarkan kitab bible di sekolah sekiranya wujud di negeri ini.
"Ia berikutan kebimbangan ibu bapa pelajar yang khuatir bahawa perkara ini boleh mengganggu-gugat kefahaman akidah anak mereka,” katanya.