Dr Mahathir lawat pejabat Petronas di Azerbaijan

Iklan
Dr Mahathir bersama sebahagian kakitangan Petronas Azerbaijan selepas mendengar sesi taklimat sempena lawatannya ke pejabat Petronas di sini. Turut sama Saifuddin, Yubazlan dan Ketua Cawangan Negara Petronas Azerbaijan, Nurrunajwa Mohd Aras. - Foto Bernama

BAKU - Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini melawat pejabat Petroliam Nasional Bhd (Petronas) di Azerbaijan di sini.

Sebaik tiba, Dr Mahathir yang berada di sini untuk menghadiri Sidang Kemuncak Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) ke-18 diberikan taklimat mengenai operasi Petronas di negara itu oleh ketua negaranya, Najwa Aras

Iklan
Iklan

Turut hadir, Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah dan Duta Besar Malaysia ke Azerbaijan, Datuk Yubazlan Yusof.

Sebagai satu daripada syarikat terbesar Fortune Global 500, kehadiran Petronas dalam kalangan gergasi minyak dan gas mengubah landskap industri itu di Azerbaijan.

Iklan

Sebelum 2014, industri itu dimonopoli syarikat minyak dan gas barat seperti British Petroleum (BP), Chevron dan TOTAL Statoil.

Susulan penubuhan Kedutaan Malaysia di Baku, Petronas membuka operasinya dan mengambil alih 15.5 peratus ekuiti dalam Perjanjian Perkongsian Pengeluaran (PSA) Shah Deniz II daripada Statoil yang berpangkalan di Norway dengan nilai AS$2.25 bilion.

Iklan

Sebagai pihak berkepentingan dalam PSA, Petronas turut memiliki 15.5 peratus ekuiti dalam South Caucasus Pipeline Co (SCPC) dan 12.4 peratus kepentingan dalam Azerbaijan Gas Supply Co. - Bernama