Manchester City terus himpit Liverpool

Iklan
Sterling meraikan jaringan pembukaan The Citizens pada aksi liga di Stadium Etihad, sebentar tadi. - Foto Premier League

PENYANDANG juara, Manchester City terus memberi tekanan kepada pendahulu, Liverpool apabila melakar kemenangan 3-0 ke atas Aston Villa pada saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Etihad, sebentar tadi.

Kemenangan skuad kendalian Pep Guardiola itu secara tidak langsung mengecilkan jurang mata dengan The Reds menjadi tiga mata.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun, tiga mata berharga diraih The Citizens tidak semudah disangka apabila tuan rumah menemui jalan buntu merobek gawang The Villians sehingga kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan pada babak pertama.

Beberapa saat babak kedua bermula The Villians dikejutkan The Citizens yang lebih agresif apabila mendahului pada minit ke-46 hasil jaringan Raheem Sterling.

Iklan

Gol itu menjadi perlawanan kembali sengit dengan anak-anak buah Guardiola terus mengasak yang kemudiannya menjelmakan gol pada minit ke-65 hasil jaringan David Silva.

Lima minit kemudian, giliran Ilkay Gundogan mencetak nama sebagai penjaring seterusnya memastikan kemenangan bergaya kelabnya itu.

Iklan

Pada aksi itu juga, Fernandinho dilayangkan kad merah selepas menerima kad kuning kedua setelah mengasari Keinan Davis pada minit ke-88.