MP Cameron Highlands sedia bantu bawa masalah orang asli ke Parlimen

Iklan
Ramli dalam siri lawatannya menyantuni masyarakat termasuk orang asli di beberapa kawasan sebelum ini.

KUANTAN - Ahli Parlimen Cameron Highlands, Ramli Mohd Noor sedia membawa masalah yang dihadapi oleh masyarakat orang asli di negara ini ke Parlimen agar diberi perhatian dan pembelaan sewajarnya.

Ramli berkata, beliau sendiri akan melihat dan memantau masalah dan kesusahan rakyat dalam kalangan masyarakat orang asli seluruh negara terutama dalam skop ekonomi, sosial, pendidikan dan infrastruktur seperti jalan, elektrik, air dan isu perumahan.

Iklan
Iklan

"Sebagai wakil rakyat berketurunan orang asli yang pertama, saya bukan sahaja memberi tumpuan kepada masyarakat orang asli khusus di Cameron Highlands bahkan akan menjelajah seluruh negara bagi menyantuni mereka," katanya.

Ramli berkata, setakat ini beliau sudah menyantuni masyarakat orang asli di Perak (Sungai Siput dan Tanjong Malim), Selangor (Ulu Bernam Kuala Kubu Bharu), Pahang (Bera dan Bentong).

Iklan

"Dalam rangka gerak kerja seterusnya, saya akan ke Kedah, Ulu Perak, Kelantan, Negeri Sembilan dan di Johor dalam masa terdekat ini bagi bertemu masyarakat orang asli di sana," katanya.

Katanya, beliau juga akan berkempen untuk Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Tanjong Piai, Johor.

Iklan
Ramli dalam siri lawatannya menyantuni masyarakat termasuk orang asli di beberapa kawasan sebelum ini.