Pemuda Pas Selangor gesa GLC tumpu rumah mampu milik

Iklan
Hanafi Zulkapli

SHAH ALAM - Pemuda Pas Selangor menggesa syarikat milik kerajaan (GLC) terutama di negeri ini memberi tumpuan terhadap isu pemilikan rumah yang didakwa terlalu tinggi.

Ketuanya, Hanafi Zulkapli berkata, isu rumah mampu milik perlu menjadi perhatian utama pihak kerajaan sama ada pusat atau negeri.

Iklan
Iklan

"Malah ia adalah tanggungjawab tertinggi pihak kerajaan terhadap kebajikan rakyat majoriti.

"Kegagalan pihak berwajib dalam memastikan pembangunan perumahan yang menepati keperluan dan kemampuan majoriti rakyat memberikan kesan negatif contohnya lambakan rumah mewah," katanya dalam satu kenyataan medianya hari ini.

Iklan

Hanafi berkata, kerajaan tidak seharusnya terdesak membuat keputusan membela golongan minoriti berbanding rakyat majoriti.

"Jika GLC ini terus memberi fokus kepada keuntungan perniagaan, maka rakyat terutamanya golongan berpendapatan sederhana dan rendah pastinya kehilangan pihak yang sepatutnya menjaga kebajikan mereka," katanya.

Iklan

Katanya, GLC tidak perlu bersaing sesama mereka atau bekerjasama dengan syarikat swasta untuk membangunkan perumahan bukan mampu milik.

"Aktiviti kerjasama pembangunan antara GLC dengan pemaju swasta yang aktif untuk projek-projek pembangunan rumah yang bukan dalam julat harga mampu milik pastinya amat meresahkan rakyat.

"Kita meminta kerajaan negeri mengambil sikap prihatin membawa semula syarikat-syarikat GLC kembali kepada landasan asal yang meletakkan dasar pengagihan dan pembangunan sosioekonomi yang adil dan berteraskan kepentingan rakyat.

"Satu kegagalan besar jika rakyat terus tidak mampu untuk memiliki rumah sendiri," katanya.