'Saya mahu melihat semula'

Iklan
Zaid Garcia, 16, menjadi cacat akibat terbakar ketika kecil.

TEXAS - Seorang remaja lelaki dari Texas, Amerika Syarikat yang mengalami luka kebakaran teruk berharap dapat melihat semula.

Zaid Garcia, 16, melepasi ramalan doktor yang berkata dia tidak akan hidup lama berikutan 80 peratus luka kebakaran yang dialami ketika berusia dua tahun.

Iklan
Iklan

Difahamkan ketika kecil, ibu Garcia menidurkannya di atas katil dan lilin yang diletakkan bersebelahan terjatuh lalu membakar cadar dan juga dirinya.

Dia kini sedang mengumpul dana bagi membolehkannya menjalani pembedahan membuang lapisan kulit yang menutupi matanya, sekali gus membolehkannya melihat kembali.

Iklan

"Harapan saya adalah untuk kembali melihat semula. Sekiranya berjaya menjalani pembedahan ini, ia merupakan kali pertama saya melihat keluarga saya sejak kebakaran itu," kata Garcia yang juga kehilangan sebelah tangan.

Menurut Garcia, dia pernah cuba membunuh diri berikutan persepsi buruk orang ramai terhadap dirinya.- Agensi

Iklan