Datuk Bandar Filipina pernah terima ugutan bunuh

Iklan
David Navarro

MANILA - Polis Filipina berkata, Datuk Bandar Clarin yang dibunuh di sebatang jalan di Cebu City pernah menerima ugutan bunuh.

Jurucakap polis Cebu City, Gemma Vinluan berkata, perkara itu didedahkan sendiri David Navarro kepada penyiasat semasa memberi keterangan kes pukul pekerja rumah urut di Fuente Osmena.

Iklan
Iklan

Navarro ditembak mati oleh penyerang tidak dikenali semasa dalam tahanan polis.

Sebelum kejadian, Navarro dibawa menaiki van polis menuju pejabat pendakwa raya.

Iklan

Pada 14 Mac lalu, nama Navarro disebut Presiden Rodrigo Duterte sebagai antara 44 pegawai yang didakwa terlibat dalam aktiviti dadah. - Agensi

ARTIKEL BERKAITAN: Datuk Bandar Filipina dibunuh

Iklan