Wanita pertama dilantik Datuk Bandar Bogota

Iklan
Pemimpin Parti Green Alliance, Claudia Lopez, meraikan kemenangannya dalam pilihan raya di Bogota, Colombia semalam. - Foto AFP

BOGOTA - Claudia Lopez, simbol penentangan rasuah di Colombia menjadi wanita pertama dilantik sebagai Datuk Bandar Bogota.

Lopez, 49, memenangi pilihan raya tempatan dengan meraih 35.2 peratus undi berbanding pesaingnya dari pihak Liberal, Carlos Fernando Galan yang memperolehi 32.5 peratus undian.

Iklan
Iklan

"Kita bukan hanya mendapat kemenangan tapi kita mengubah sejarah," kata pemimpin Parti Green Alliance itu.

Presiden Ivan Duque berkata, pilihan raya tempatan di seluruh negara itu menarik bilangan calon terbanyak dalam sejarah.

Iklan

Kemenangan Lopez di ibu negara yang didiami 7.2 juta penduduk itu merupakan kemajuan penting dalam negara yang biasa ditadbir golongan lelaki elit.

Lebih 36 juta pengundi negara itu layak memilih datuk bandar, gabenor dan pemimpin tempatan daripada lebih 116,000 calon, 37 peratus daripadanya adalah wanita. - AFP

Iklan