Tentera, pelajar antara yang ditahan dalam Ops Tapis

Iklan
Dadah yang dirampas dalam Ops Tapis di sebuah pangsapuri di Jalan Pantai Telok Kemang di sini semalam. Foto: Ihsan PDRM

PORT DICKSON – Anggota tentera dan tiga pelajar sekolah antara 27 individu yang ditahan dalam Ops Tapis di sebuah pangsapuri di Jalan Pantai Telok Kemang di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, dalam serbuan jam 4 pagi itu, polis telah menemui pelbagai jenis dadah seberat 7.26 gram.

Iklan
Iklan

"Bertindak atas maklumat, sepasukan polis telah menjalankan serbuan di lokasi dan didapati terdapat 20 lelaki dan tujuh wanita di dalam rumah berkenaan.

"Polis telah membuat pemeriksaan badan terhadap semua suspek namun tidak menjumpai apa-apa barang yang salah,” katanya dalam satu kenyataan kepada Sinar Harian.

Iklan

Menurutnya, pemeriksaan di pangsapuri itu telah menjumpai satu paket plastik lut sinar berisi 15 pil disyaki ecstasy seberat 5.71 gram, satu paket lut sinar berisi ketamin seberat 0.55 gram dan dua tiub kaca mengandungi bahan kristal syabu seberat satu gram.

Sehubungan itu katanya, semua barang kes berkenaan telah dirampas dan semua suspek ditahan untuk tindakan lanjut.

Iklan

"Tiga daripada suspek didapati mempunyai rekod lampau atas kesalahan dadah.

"Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 39A(1) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.