KOTA BHARU – Kerajaan Kelantan melihat tiada keperluan bagi negeri ini untuk menyemak semula fatwa mengenai ajaran Syiah memandangkan ia sudah jelas menyeleweng daripada Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ).
Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, walaupun tidak salah untuk disemak semula, namun tiada keperluan untuk perkara tersebut dipertimbangkan kerana ajaran tersebut memang tidak diterima.
"Ia boleh disemak semula, tapi kena ada keperluannya. Sebab isu Syiah ini memang tidak diterima, sunni ini menyeleweng, dan ada yang sampai sesat, itu sudah jelas dan setakat ini tiada orang yang mempertikaikan perkara ini.
" Kita kekal, tiada perubahan,” katanya kepada media di sini.
Beliau sebelum itu menghadiri mesyuarat exco kerajaan negeri di Kompleks Kota Darul Naim di sini.