Majlis Amal Gala Dinner Fashion Show 2019 salur sumbangan

Iklan
Pentas peragaan mempamerkan koleksi menggunakan fabrik songket pada Majlis Amal Gala Dinner Fashion Show 2019.

SHAH ALAM - Majlis Amal Gala Dinner Fashion Show 2019 anjuran Nur'Ain Event Management Entertainment yang berlangsung Hotel Concorde malam tadi berlangsung meriah.

Penganjur, Salmi Mohd Yunos berkata, program yang mendapat kerjasama daripada Yustie Dieanna (YD), Malaysia Songket Fashion Awards dan B'rysha melibatkan penjualan 30 meja bagi tujuan amal.

Iklan
Iklan

Menurutnya, meja yang dijual itu antara RM2,000 sehingga 5,000 mengikut kategori platinum, emas, rubi dan perak.

"Jumlah kutipan kali ini akan disumbangkan kepada Pertubuhan Kebajikan Rumah Titian Abadi Kinta Perdana, pembesaran masjid Al I'tizan Taman Tun Dr Ismail dan adik Rayyan yang merupakan pesakit kanser tahap empat.

Iklan

"Turut menyumbang pada majlis hari ini adalah Jakel yang menyampaikan 500 kain kepada anak yatim dan asnaf serta Habib Jewel pada sesi cabutan bertuah," katanya.

Katanya, majlis makan amal itu adalah yang program kelapan dan menjadi penutup bagi tahun 2018.

Iklan

"Setiap penganjuran yang diadakan akan diselitkan sumbangan kepada golongan memerlukan antaranya dalam kalangan artis, ibu tunggal dan kumpulan terpilih.

"Kebajikan ini hasil sokongan rakan-rakan dan badan bukan kerajaan untuk menyumbang kepada golongan memerlukan di samping membuka peluang kepada pereka fesyen memperagakan koleksi yang dihasilkan," katanya.

Pada majlis sama, YD memperagakan koleksi busana menggunakan fabrik songket yang pernah dibawa pada minggu fesyen di New York tahun lepas.