Ribut Pabuk: Petronas aktifkan pasukan respons kecemasan

Iklan
Video yang dimuat naik dan tular di laman sosial.

KUALA TERENGGANU - Petroliam Nasional Bhd (Petronas) mengaktifkan Pasukan Respons Kecemasannya berikutan kemudahan aset luar pesisir syarikat itu di Semenanjung Malaysia dilanda ombak yang tinggi dan angin kencang ekoran ribut tropika Pabuk.

Petronas dalam kenyataannya berkata, namun sehingga kini keadaan masih terkawal dan kesemua kakitangannya adalah selamat.

Iklan
Iklan

"Keutamaan Petronas adalah keselamatan kesemua kakitangan. Kami sedang berhubung dengan pihak berkuasa berkaitan dan memantau rapi keadaan ini,” katanya.

Klip video menggambarkan situasi angin kencang disertai ombak besar akibat ribut tropika Pabuk melanda sebuah pelantar minyak di perairan Terengganu tular di media sosial sejak semalam.

Iklan

Situasi yang mencemaskan itu juga dikatakan menyebabkan beberapa pekerja pelantar yang dijadualkan pulang ke darat hari ini terkandas di pelantar tersebut.

Seorang pekerja pelantar berdekatan yang hanya ingin dikenali sebagai Amir ketika dihubungi berkata, keadaan di sekitar kawasan pelantar agak membimbangkan berikutan angin kencang dipercayai dalam kelajuan 50 knot sejam menyebabkan kawasan itu bergoncang.

Iklan

"Ini pengalaman pertama dialami sejak lapan tahun bekerja di pelantar. Hanya fikir anak dan isteri, apa nasib mereka jika sesuatu berlaku kepada saya,” katanya.

Namun beliau optimis cuaca akan kembali tenang kerana mendapat maklumat bahawa kelajuan angin akan berkurang kepada 30 knot menjelang tengah malam ini.

"Apa yang kami lakukan sekarang ini selain berdoa agar keadaan kembali reda adalah mematuhi arahan daripada ‘Offshore Installation Manager’ supaya tidak meninggalkan kuarters tempat tinggal sejak dari semalam,” katanya. - Bernama