Fernandez dahului pemilihan Presiden Argentina

Iklan
Fernandez (kanan) dan Kirchner meraikan kemenangan mereka selepas memenangi Pilihan Raya Presiden Argentina semalam. - Foto AFP

BUENOS AIRES - Presiden Argentina, Mauricio Macri terpaksa mengakui kekalahannya kepada Alberto Fernandez selepas tewas pada pusingan pertama pilihan raya negara itu semalam.

Menurut Direktorat Pilihan Raya, kiraan terkini meletakkan Fernandez, 60, di hadapan selepas mendapat hampir 48 peratus undi berbanding Macri 40.4 peratus dengan lebih 95 peratus undian telah dikira.

Iklan
Iklan

Fernandez kini memerlukan 45 peratus undi atau 10 peratus lebih banyak daripada pesaingnya untuk menang.

Sejurus keputusan diumumkan, Fernandez memberitahu akan bertemu dengan Macri bagi membincangkan masa depan negaranya.

Iklan

"Sudah tentu kita akan bekerjasama kerana fokus utama adalah untuk menghentikan penderitaan rakyat negara ini. Rakyat Argentina berhak mendapat hidup yang lebih baik," katanya.

Kemenangan Fernandez juga merupakan kemunculan semula buat gandingannya, bekas Presiden Cristina Kirchner yang bakal menggalas tanggungjawab sebagai Naib Presiden.

Iklan

Fernandez dijangka menggantikan Macri pada 10 Disember depan.

Pilihan Raya Presiden Argentina diadakan di tengah-tengah krisis ekonomi yang turut menyebabkan satu pertiga daripada populasi penduduk di negara itu hidup dalam kemiskinan.

Sementara itu, Macri mengucapkan tahniah di atas kemenangan Fernandez dan menjemputnya untuk berbincang supaya peralihan dapat dilakukan dengan teratur. - Agensi