Elak insiden 2016 berulang: Exco

Iklan
Dua projek dilaksanakan melibatkan Empangan Congok di sini dijangka dapat mengekalkan sumber air mentah untuk daerah Mersing sehingga 2050.

MERSING - Melalui dua projek dilaksanakan melibatkan Empangan Congok di sini dijangka dapat mengekalkan sumber air mentah untuk daerah Mersing sehingga 2050.

Exco Perdagangan Antarabangsa, Pelaburan dan Utiliti negeri, Jimmy Puah Wee Tse berkata, daerah Mersing mempunyai lebih kurang 80,000 penduduk dengan lima loji rawatan air (LRA).

Iklan
Iklan

Menurutnya, LRA utama adalah di LRA Tenglu, Sungai Mersing dan Endau beroperasi selama 24 jam setiap hari dengan mendapat bekalan air mentah dari Sungai Mersing, Empangan Congok dan Empangan Labong.

"Bagi mengatasi situasi bekalan air bersih tidak menentu sebagaimana 2016 yang memerlukan bekalan air berjadual selama enam bulan bagi daerah Mersing, Kerajaan Johor dan Kerajaan Persekutuan mengambil inisiatif meningkatkan kebolehupayaan dan menstabilkan bekalan air mentah ke loji utama iaitu LRA Tenglu.

Iklan

"Projek yang telah siap dilaksanakan adalah projek penyaluran air mentah dari Sungai Lenggor ke Empangan Congok oleh kerajaan negeri Johor kos RM65 juta dan juga projek menaik taraf Empangan Congok oleh Kerajaan Persekutuan kos RM6 juta," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melakukan lawatan kerja ke Empangan Congok dan LRA Tenglu, Mersing, semalam.

Iklan

Tambahnya, sebagai kerajaan baharu, pihaknya akan memastikan insiden yang terjadi seperti 2016 tidak berulang lagi.

"Saya rasa rakyat Mersing berhak dapat akses air sempurna, air terawat.

"Saya gembira dengan kerja Badan Kawal Selia Air Negeri Johor (Bakaj) kerana bekerjasama naik taraf Empangan Congok dan saya yakin dalam masa terdekat dalam tempoh lima tahun tidak akan ada masalah untuk pembekalan air kepada kawasan Mersing.

"Itulah hasrat kerajaan negeri bagi memastikan pembekalan air sentiasa ada, cukup untuk menampung keperluan penduduk di Johor," katanya.