EDMONTON - Dua pekerja mengalami detik cemas ketika melakukan kerja-kerja pembersihan di Menara Stantec apabila angin kencang menyebabkan platform tempat mereka berdiri berbuai dengan laju sehingga terkena bahagian kaca menara tersebut.
Difahamkan, Jabatan Bomba Edmonton mengambil masa sejam untuk menyelamatkan mangsa.
Kawasan antara Menara Stantec dan Menara Edmonton ditutup ketika kerja-kerja menyelamat dilakukan.
Jumaat lalu, tular satu rakaman video durasi 29 saat menunjukkan platform yang dinaiki dua pekerja berbuai laju hingga terkena bahagian kaca menara tersebut.
Bukan itu sahaja, hentakan kuat pada bahagian kaca menara itu mengakibatkan salah seorang daripada mereka terjatuh tetapi terselamat kerana memakai tali keselamatan.
Timbalan ketua operasi, Scott Macdonald berkata, salah seorang pekerja dalam keadaan tergantung berpaut pada tali keselamatan ketika pasukan penyelamat tiba di lokasi.
"Lokasi mereka kira-kira enam hingga tujuh tingkat dari paras bawah laut.
"Kami menggunakan tangga untuk menyelamatkan mereka dan semua berjalan lancar," katanya. - Agensi
Perkongsian video dimuat naik di Twitter @tysoliver tular di media sosial dan meraih 1.34 juta tontonan.