IPOH - Jumlah mangsa banjir di Perak malam ini semakin meningkat apabila seramai 550 penduduk daripada 150 keluarga ditempatkan di enam pusat pemindahan sementara (PPS) berbanding 508 orang daripada 125 keluarga petang tadi.
Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, setakat pukul 8 malam tadi, daerah Hilir Perak mencatatkan jumlah mangsa banjir tertinggi iaitu 326 mangsa membabitkan 83 keluarga yang ditempatkan di tiga PPS.