Qatar sumbang RM400 kepada 75,000 keluarga Gaza

Iklan
Beberapa kanak-kanak bermain di luar rumah mereka di daerah Al-Zaytoon, Gaza. - Foto Agensi

GENTING GAZA - Ketua Jawatankuasa Qatar untuk Pembinaan Semula Genting Gaza, Mohammed Al-Emadi mengumumkan pembayaran tunai kepada 75,000 keluarga di wilayah itu.

Al-Emadi dalam satu kenyataan memberitahu, keluarga terlibat akan menerima bantuan tunai sebanyak AS$100 (RM419) dari pejabat pos di seluruh kawasan berkenaan.

Iklan
Iklan

Bantuan itu adalah sebahagian daripada bayaran bulanan dianggarkan bernilai AS$30 juta (RM123 juta) untuk membantu rakyat Palestin yang tinggal di kawasan diduduki lima tahun selepas Operation Protective Edge Israel di banyak kawasan di Gaza yang menyebabkan ribuan keluarga hilang tempat tinggal.

Difahamkan, ini adalah kali kesembilan keluarga di Gaza menerima bantuan wang tunai daripada Emir Qatar, Tamim Hamad.

Iklan
Iklan

Selain bantuan wang, Hamad turut membayar puluhan juta untuk membina bangunan kediaman, sekolah, hospital, masjid dan kemudahan lain. - Agensi