GOL pemain tengah Manchester United, Scott McTominay ketika aksi menentang Norwich City pada saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Carrow Road awal pagi tadi membolehkan The Red Devils menjadi kelab pertama liga elit itu merekodkan jaringan ke-2,000.
Jaringan pemain produk akademi The Red Devils berusia 22 tahun itu terhasil pada minit ke-21 selepas beliau melakukan rembatan deras menewaskan penjaga gol The Canaries, Tim Krul pada perlawanan yang menyaksikan pelawat menang 3-1 ke atas tuan rumah.