Pecah masuk penjara demi cinta

Iklan
Seorang remaja lelaki dari Jerman sanggup pecah masuk penjara untuk membuktikan cintanya.

VECHTA - Demi cinta seorang remaja lelaki di Jerman sanggup memecah masuk ke dalam sebuah penjara demi memenangi hati bekas kekasihnya.

Menurut laporan BBC, remaja berusia 18 tahun itu memanjat dinding penjara setinggi hampir empat meter menuju ke sel menempatkan bekas teman wanitanya itu.

Iklan
Iklan

Nekad untuk membuktikan cinta kepada bekas kekasihnya yang juga berusia 18 tahun, remaja terbabit enggan turun dan pihak bomba Vechta akhirnya terpaksa menggunakan tangga untuk membawanya turun.

Tidak dapat dipastikan sama ada tindakannya berjaya menambat kembali hati teman wanitanya namun dia kini berdepan dakwaan menceroboh.

Iklan
Iklan

Dalam pada itu, ramai pihak mempersoalkan remaja kenapa berkenaan tidak melawat sahaja bekas kekasihnya itu. - Agensi