Berkelah jarak jauh: Bolehkah kita solat jamak dan qasar?

Iklan
AKTIVITI berkelah memang menyeronokkan dan kita dibolehkan menunaikan solat jamak dan qasar jika menepati syarat yang ditetapkan dalam Islam.

MENJALANKAN aktiviti riadah seperti berkelah pada hujung minggu sesuatu yang menyeronokkan.

Apatah lagi, jika aktiviti itu dilakukan bersama insan tersayang mahupun kenalan rapat.

Iklan
Iklan

Ia bukan sahaja merapatkan silaturahim, tetapi juga sebagai salah satu terapi diri selepas lima atau enam hari bekerja.

Ada segelintir orang lebih gemar berkelah di tempat yang jauh daripada kediaman mereka kerana mahu bertukar 'angin'.

Iklan

Kadangkala jaraknya melebihi 90 kilometer.

Namun, apabila tiba waktu solat, ada segelintir masyarakat yang musykil sama ada bolehkah mereka menunaikan solat jamak dan qasar jika pergi berkelah yang jaraknya sejauh itu?

Iklan

Apa pandangan Islam tentang perkara itu?

Pendakwah bebas dan penulis Ustaz Mustafar Mohd Suki ada jawapannya.

Jom kita tonton video yang disediakan menerusi segmen Soal Jawab Netizen.

(ARTIKEL BERKAITAN: Hukum solat jamak dan qasar bagi mereka yang bermusafir kerana berkelah)