Pengunjung pusat rekreasi diingat waspada waktu musim hujan

Iklan
Kejadian limpahan air berlaku di Gua Kelam petang semalam.

PERLIS - Pengunjung pusat rekreasi di negeri ini dinasihatkan mengikut arahan dikeluarkan dengan meninggalkan kawasan terlibat sekiranya berlaku limpahan air atau hujan lebat berlarutan.

Exco Alam Sekitar dan Kesihatan negeri, Teh Chai Ann berkata, walaupun tiada larangan mengunjungi mana-mana pusat rekreasi dan perkelahan pada masa ini, namun beliau mengingatkan mana-mana pihak peka dengan keadaan sekeliling terutama jika hujan lebat berterusan bagi mengelak berlaku limpahan air atau kepala air.

Iklan
Iklan

Menurutnya, pengunjung turut diingatkan mengikuti arahan semasa oleh pihak penjaga pusat rekreasi bagi mengelak berlaku kejadian tidak diingini.

"Pada jam lebih kurang 3.30 petang tadi, berlaku kejadian limpahan air di kawasan rekreasi Gua Kelam akibat hujan lebat kira-kira setengah jam sebelum itu.

Iklan

"Dimaklumkan, pihak penjaga pusat rekreasi berkenaan telah mengarahkan pengunjung yang sedang bermandi dan beriadah segera meninggalkan kawasan berkenaan," katanya.

Antara kawasan yang dilimpahi air di Gua Kelam akibat hujan lebat.

Iklan