Jumpa ular sawa di Istana Negara Lama

Iklan
Ular tersebut berada di bawah kompressor penghawa dingin oleh pengawak keselamatan yang sedang membuat rondaan di kawasan belakang Istana Negara Lama sekitar jam 10 malam tadi. Gambar kanan: Ular sawa tersebut berjaya ditangkap anggota APM. Foto: APM KL

KUALA LUMPUR - Dua pengawal keselamatan di Istana Negara Lama di sini menemui seekor ular sawa sepanjang empat meter sewaktu membuat rondaan di kawasan belakang istana itu malam tadi.

Dalam kejadian jam 10 malam itu, ular seberat 40 kilogram berada di bawah kompresor pendingin hawa berhampiran bahagian garaj kereta.

Iklan
Iklan

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kuala Lumpur, Shahrul Kamar Mohd Johari berkata, lima anggota APM tiba di lokasi sekitar jam 11.30 malam.

"Hampir 5 minit masa diambil untuk membuat tangkapan sebelum reptilia itu dikembalikan ke habitatnya.

Iklan

"Dipercayai ular tersebut datang dari kawasan hutan berhampiran disebabkan musim hujan kebelakangan ini," katanya.

Difahamkan sebelum ini beberapa kes penemuan ular turut dilaporkan di kawasan sama disebabkan lokasinya berhampiran kawasan hutan.

Iklan

Istana Negara Lama terletak di Jalan Istana kini merupakan Muzium Diraja yang mula dibuka kepada orang ramai pada 1 Februari 2013 sehingga kini.