PADANG BESAR - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Perlis mengesahkan video yang memaparkan sejumlah dua kotak wang palsu yang dirampas dari pelancong Cina seperti mana tular di laman sosial sejak semalam adalah kejadian pada tahun 2017.
Pengarah Kastam Perlis, Wan Nor Wan Mamat berkata, kejadian yang dirakam dalam video berdurasi satu minit itu juga tidak berlaku di pintu sempadan negeri itu.