Tiada kes culik, hanya salah faham: Polis

Iklan
Maklumat menunjukkan kehilangan remaja berkenaan yang menjadi tular di laman Facebook sejak semalam.

JOHOR BAHRU - Polis mengesahkan kejadian culik membabitkan seorang remaja perempuan berusia 15 tahun di sebuah sekolah agama di Segamat, baru-baru ini tidak benar.

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Raub Selamat berkata, sebaliknya kejadian culik yang mula menjadi tular di laman sosial Facebook sejak semalam itu hanya disebabkan salah faham antara pihak keluarga.

Iklan
Iklan

Jelasnya, kejadian berkenaan berlaku pada 18 Oktober lalu yang mana menyaksikan remaja itu dilaporkan hilang dan tidak dapat dikesan sebaik selesai waktu sekolah oleh bapanya.

"Hasil siasatan kemudiannya mendapati remaja berkenaan sebenarnya telah diambil ibunya dan dibawa pulang ke Johor Bahru,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Iklan

Raub berkata, pihaknya kemudiannya turut dimaklumkan ibu kepada remaja berkenaan juga sudah membuat laporan polis yang menyatakan anaknya itu berada dalam keadaan selamat.

"Kita maklum, kejadian ini berlaku kerana remaja itu tidak mahu tinggal di Segamat bersama neneknya dan mahu bersekolah di Johor Bahru. Ibu remaja itu kemudiannya bertindak membuat laporan polis terlebih dahulu ketika mahu mengambil anaknya di sekolah.

Iklan

"Selepas itu baru bapanya datang ke pihak polis untuk memberitahu mengenai kehilangan anaknya jadi kejadian ini hanya disebabkan salah faham antara kedua ibu bapa mangsa,” katanya.

Mengulas lanjut beliau berkata, pihaknya berharap orang ramai dapat lebih berhati-hati ketika menyebarkan sebarang maklumat untuk mengelakkan tercetusnya panik dalam kalangan masyarakat.

"Kita mahu orang ramai lebih sensitif dan pastikan maklumat itu betul-betul sahih kerana penyebaran maklumat palsu boleh didakwa di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya.