Lelaki AS mengaku salah tembak lima petugas akhbar di Maryland

Iklan
Jarrod Ramos mengaku bersalah menembak mati lima petugas akhbar di Annapolis, Maryland tahun lepas. - Foto AP

WASHINGTON - Seorang lelaki rakyat Amerika Syarikat (AS) yang didakwa telah menembak mati lima petugas akhbar di Annapolis, ibu kota Maryland tahun lepas mengaku bersalah semalam lapor agensi berita China Xinhua.

Jarrod Ramos, 39, mengaku melakukan perbuatan itu di depan hakim sebuah mahkamah di Annapolis.

Iklan
Iklan

Hakim Laura Ripken yang menerima pengakuan Ramos semalam berkata, beliau mengesahkan bahawa Ramos 'secara bebas, sukarela dan dengan sengaja' telah mengetepikan haknya untuk mendapat perbicaraan di depan panel juri bagi menentukan sama ada dia bersalah atau sebaliknya.

Satu panel juri dijangka mendengar keterangan pada minggu-minggu akan datang mengenai sama ada Ramos tidak boleh dipertanggungjawabkan bagi kesalahan itu atas alasan hilang akal.

Iklan

Ramos telah menyerbu bilik berita akhbar Capital Gazette dengan bersenjatakan selaras senapang patah pada 28 Jun 2018 sebelum membunuh empat wartawan dan seorang pembantu jualan dalam serangan yang disifatkan pihak berkuasa sebagai didorong oleh dendam lama.

Ia adalah satu serangan maut paling dahsyat ke atas wartawan dalam sejarah AS. - Bernama

Iklan