Gelandangan bergurau dengan anak bawah jambatan sentuh hati

Iklan
Gambar yang menunjukkan seorang wanita menimang anaknya di bawah jambatan yang dipercayai gelandangan kini tular di laman Twitter.

MAGHRIBI - Kebahagiaan seseorang itu bukanlah bergantung kepada kesenangan ataupun serba kekurangan di dunia. Apa yang lebih penting adalah dapat bersama dengan ahli keluarga tersayang khususnya anak-anak kecil walau apa keadaan sekalipun.

Gambar yang dikongsi oleh @Youngchats1 di laman Twitternya yang memaparkan seorang wanita telah bergurau dengan anaknya sambil berbaring di bawah jejantas membuatkan netizen berasa sebak.

Iklan
Iklan

Gambar tersebut jelas menunjukkan kasih sayang seorang ibu walaupun hidupnya serba kekurangan dan berkemungkinan besar mereka hidup sebagai gelandangan dengan tinggal di bawah jejantas.

Perkongsian gambar tersebut kini tular di media sosial yang kini meraih 74,500 ulang kicau, 189,400 tanda suka.

Menerusi gambar-gambar tersebut, wanita itu telah mengangkat anaknya menggunakan kaki sambil dia berbaring beralaskan kotak. Kereta yang bertali arus di jalanan juga kelihatan di sebalik dinding jejantas tempat mereka tinggal.

Iklan

Gambar yang menyentuh hati itu sememangnya memberi seribu satu iktibar kepada semua mengenai kasih sayang terhadap anak-anak walaupun hidup dalam kesusahan mahupun kesibukan dalam bekerjaya.

Perkongsian gambar tersebut kini tular di media sosial yang kini meraih 74,500 ulang kicau, 189,400 tanda suka dan rata-rata netizen bersimpati dengan nasib yang menimpa wanita terbabit dan mendoakan agar mereka sentiasa dilindungi keselamatannya yang hidup di situ.

Iklan

@fwn21_ meluahkan:"Kadang-kadang bahagia itu sangat sederhana. Kita tidak perlu mendefinisikan bahagia itu dengan kita menunjukkan senyuman namun perwatakan kita dan bagaimana anak kita itu menyayangi diri kita.

"Walaupun mereka hidup sebagai gelandangan namun kebahagiaan yang ditunjukkan mereka seolah-olah mereka cukup dengan apa yang ada pada diri kita. Mereka memang tidak bahagia dari segi duit tapi mereka bahagia dari segi kasih sayang," tulis Adamoh12 di Twitter.

Antara reaksi netizen yang tersentuh dengan apa yang dilakukan oleh wanita tersebut.