Pengunjung cedera digigit monyet

Iklan
Pasukan Penyelamat Pantai memberi bantuan awal kepada mangsa. Mangsa cedera di tangan selepas digigit monyet di Pantai Teluk Chempedak di sini petang semalam. - Foto ihsan Pertahanan Awam Pahang

KUANTAN - Seorang pengunjung cedera di tangan selepas digigit seekor monyet ketika berada di Pantai Teluk Chempedak di sini petang semalam.

Pegawai Perhubungan Awam Majlis Perbandaran Kuantan (MPK), Norkamawati Kamal berkata, lelaki itu telah diberi rawatan oleh Pasukan Penyelamat Pantai Pertahanan Awam Pantai Teluk Cempedak Kuantan sebelum dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan lanjut di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA).

Iklan
Iklan

"Mangsa telah dirawat oleh pasukan penyelamat sebelum diminta mendapatkan rawatan lanjut di HTAA.

"Punca sebenar belum diketahui namun pihak MPK menasihati orang awam agar tidak membawa makanan ketika berada di kawasan tersebut dan tidak mengganggu haiwan liar berkenaan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Iklan

Norkamawati berkata, pihaknya akan memantau perkara tersebut dan membincangkan isu kewujudan monyet yang semakin banyak di lokasi berkenaan dengan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan).

Katanya, isu hidupan liar adalah di bawah bidang kuasa Jabatan Perhilitan namun pihaknya akan berbincang perkara ini bagi menyelesaikan masalah yang timbul itu.

Iklan