Padah ubai suai nombor plat

Iklan
Pemeriksaan yang dilakukan anggota JPJ dalam operasi di Jalan Kuala Krai malam tadi.

KOTA BHARU - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan mengeluarkan 1,344 saman sejak Januari sehingga September lalu terhadap pengguna yang mengubah suai nombor pendaftaran kenderaan.

Pengarah JPJ Kelantan, Hanif Yusabra Yusuf berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 905 saman dikeluarkan kepada pemilik kereta diikuti motosikal (344 saman) dan kenderaan lain (95 saman).

Iklan
Iklan

"Penggunaan nombor pendaftaran kenderaan tidak mengikut ketetapan ini boleh mengelirukan pihak berkuasa.

"Pihak kami memandang serius perkara itu dan mengesan kesalahan mengubah suai nombor pendaftaran kenderaan semakin berleluasa,” katanya pada sidang akhbar selepas Operasi Khas Motosikal di Jalan Kuala Krai di sini.

Iklan

Hanif Yusabra berkata, operasi yang dilakukan itu juga memberi tumpuan kepada kesalahan spesifikasi nombor pendaftaran dan turut melakukan pemeriksaan kesalahan lain seperti pengubahsuaian motosikal.

"Sebanyak 22 notis saman dikeluarkan kerana kesalahan mempamerkan nombor pendaftaran kenderaan yang tidak mematuhi spesifikasi,” katanya.

Iklan

Beliau berkata, pada operasi sama sebanyak 16 saman bagi kesalahan Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan insurans tamat tempoh dikeluarkan.

"Pesalah bagi kesalahan LKM dan insurans yang tamat tempoh perlu terus ke mahkamah dan boleh dikenakan denda tidak lebih RM2,000 (LKM) dan tidak lebih RM1,000 (insurans).

"Saya harap pengguna jalan raya lebih peka berkaitan insurans kerana dapat membantu jika berlaku kecelakaan atau kemalangan,” katanya.