Baju kardigan Kurt Cobain dilelong RM1.43 juta

Iklan
Surat tulisan tangan yang ditandatangani oleh isterinya, Courtney Love Cobain, menyatakan bahawa ia adalah salah satu instrumen kegemaran Cobain.

BAJU kardigan penyanyi terkenal mendiang Kurt Cobain berjaya dijual dengan berharga AS$340,000 (RM1.43 juta) apabila dilelong di New York, Sabtu lalu.

Mendiang dari kumpulan Nirvana mati bunuh diri pada 1994 pada usia 27 tahun.

Iklan
Iklan

Baju bulu kambing Anggora yang lusuh berwarna hijau olive dikatakan tidak dibasuh, malah ada kesan terbakar puntung rokok berjaya dibida dengan harga cukup tinggi.

Baju itu kepunyaan Garrett Kletjian merupakan seorang pemilik pasukan lumba kereta profesional Forty7 Motorsports.

Iklan

Laporan The Guardian, mendiang menyarung baju panas itu dalam rancangan MYV Unplugged pada tahun 1993 setahun sebelum kematiannya.

Barang milik penyanyi Smells Like Teen Spirit seperti gitar Fender Mustang yang digunakan semasa jelajah In Utero turut dilelong termasuk surat tulisan tangan yang ditandatangani oleh isterinya, Courtney Love Cobain, menyatakan bahawa ia adalah salah satu instrumen kegemaran Cobain.

Iklan

Perkara itu turut dikongsi di Twitter @JulienAuctions sekali gus menarik perhatian peminat mendiang.

"Bertuah kepada sesiapa yang memilikinya. Persembahan di MYV Unplugged antara koleksi kegemaran saya. Saya masih ingat saya menontonnya dengan ayah dan amat mengemari Nirvana kerana mereka pandai bermain insturmen," ciap @benbpbjr.

Sementara itu, kata@Glommgirl13,"Kardigan itu patutnya didermakan atau pun dijadikan barang paling bermakna untuk diingati peminat. Tetapi ia dijual dan perkara ini sangat mengejutkan. Saya berharap mereka yang memiliki dapat menjaganya dengan baik," ciapnya.