Selut belum habis dicuci, rumah dilanda banjir lagi

Iklan
Keadaan rumah sekitar kawasan yang dinaiki air.

ARAU - Seorang warga emas dari Kampung Titi Besi menyedari rumahnya dimasuki air ketika bangun untuk solat Subuh pada kira-kira jam 5 pagi tadi.

Othman

Mangsa, Othman Mad, 74 berkata, rumahnya antara tujuh kediaman di Kampung Titi Besi yang terjejas akibat bencana itu.

Iklan
Iklan

"Semua peralatan seperti tilam, sofa dan pelbagai lagi tidak sempat untuk diselamatkan," katanya.

Walaupun selut yang masih terlekat di dinding rumah akibat banjir Jumaat lalu masih belum habis dicuci, penduduk di sini sekali lagi berdepan musibah banjir akibat hujan lebat berterusan sejak petang semalam.

Iklan

Hamiza Othman berkata, beliau sangat berharap pihak berkuasa melakukan sesuatu bagi mengelakkan bencana banjir ini berulang.

Hamiza menunjukkan kawasan rumahnya yang dinaiki air.

"Cara yang terbaik adalah dengan menambak tanah agar air tidak boleh melepasi paras bahaya sehingga memasuki rumah penduduk," katanya.

Iklan

Setakat jam 6 petang tadi, dua pusat pemindahan dibuka melibatkan pusat pemindahan sementara (PPS) Padang Besar di Masjid Banggol Sena yang menempatkan 102 mangsa dan PPS kedua di Dewan Sivik Arau yang menempatkan 44 orang mangsa.

Sementara itu, Pegawai Pertahanan Awam Arau, Kapten (PA) Aji Azri Mustari berkata, keadaan air semakin naik dan ini sangat membimbangkan.

"Kita menjangkakan berlaku peningkatan mangsa banjir susulan Sungai Arau kini berada pada paras bahaya iaitu setinggi 3.6 meter, setakat 4 petang tadi," katanya.