'Mungkin ini 'hadiah' hari lahir untuk umi'

Iklan
Norhayati dan Laporan Sinar Online berkaitan kejadian ini petang tadi.

KUALA NERUS -"Mungkin ini 'hadiah' hari lahir yang saya minta sangat daripada dia," demikian luah Norhayati Ali, 38, ibu kepada pelajar tingkatan dua, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pelong, Setiu, Daniel Danish Mohd Jasmin, 14, yang dikhuatiri lemas di Sungai Kampung Seberang Tuan Chik di sini petang tadi.

Ibu tiga anak itu berkata, sebelum ini, dia pernah bergurau dengan anak-anak termasuk mangsa, anak sulungnya yang dia inginkan hadiah sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-38, pada Khamis ini.

Iklan
Iklan

"Mungkin peristiwa hari ini adalah satu 'hadiah' daripada dia untuk saya yang diminta sebelum ini," katanya dalam nada sebak ketika ditemui di lokasi kejadian.

Menurut Norhayati, anaknya ada memberitahu hendak pergi memancing di lokasi itu dan dia sempat meninggalkan pesan agar Daniel Danish pulang sebelum jam 4 petang untuk dihantar ke asrama.

Iklan

"Jika diikutkan perancangan, saya dan suami, Mohd Jasmin Salim, 45, hendak menghantar dia ke asrama sekolah jam 5 petang tadi.

Bagaimanapun katanya, semasa di rumah dia dihubungi salah rakan mangsa dengan menggunakan telefon bimbit milik anaknya, kira-kira jam 3.15 petang memaklumkan yang mangsa lemas.

Iklan

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Superintendan Suffian Sulaiman berkata, pihaknya menerima maklumat daripada talian MERS memaklumkan kejadian lemas kira-kira jam 3 petang.

Katanya, seramai 16 anggota dikerahkan ke lokasi kejadian bagi membantu menjalankan kerja-kerja menyelamat.

"Saya difahamkan kerja-kerja mencari dan menyelamat mangsa berdepan sedikit kesukaran kerana faktor air yang keruh menyukarkan untuk anggota menyelamat melihat di dasar air," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Saya sempat pegang tangannya sebelum dia tenggelam'