LONDON - Video yang memaparkan seorang rakyat negara ini memburukkan nama Malaysia di luar negara dengan mengatakan dia dipaksa memeluk Islam ketika berada di negara ini menerima kecaman hebat daripada netizen.
Bagaimanapun video yang berdurasi 2 minit 26 saat itu juga memaparkan seorang lelaki yang bukan berasal dari Malaysia menasihatinya agar tidak memburukkan orang Islam di Malaysia dan Indonesia.
Lelaki itu juga mengetahui bahawa di Malaysia dan Indonesia, rakyatnya tidak dipaksa untuk memeluk agama Islam dan berterusan membela Malaysia walaupun lelaki terbabit mengatakan dia dipaksa untuk menjadi seorang Islam.
Video tersebut yang dikongsi oleh Muhamad Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Amin di Facebook kini meraih 59,000 tontonan dan rata-rata netizen mengecam hebat tindakan yang dilakukan oleh lelaki tersebut.
Elisa Ismail menulis,"Kurang ajar betul...Tarik balik sahaja kerakyatan dia. Biar dia pilih nak jadi rakyat apa. Hantar balik karang ke China kata kita ini rasis pula. Dasar tak sedar diri."
"Memalukan dan inilah yang kita panggil dasar orang lupa diri. Dia dah dibesarkan dan bersekolah di Malaysia namun bila di luar negara pula dia memburukkan Malaysia. Ini kalau balik Malaysia ini memang kena tumbuk orang ini kalau bersua di Malaysia," tulis Dinie di Facebook.