SEORANG ibu melahirkan rasa kecewa terhadap pengasuh susulan tindakan individu berkenaan memotong rambut anak perempuannya tanpa meminta kebenaran daripadanya.
Luahan itu dikongsi oleh pemilik akaun Facebook Wan Nurul Awanis hingga tular di media sosial.
"Memang... orang yang potong rambut anak aku. Punya sakit hati dengan aku, anak jadi mangsa. Jaga anak orang tidak ikhlas, ni cerita minggu lepas.
"Saja nak luahkan hati masih sakit ni, balik kerja jam 5 petang kena ambil anak jam 5 petang tepat," tulisnya.
Wanita itu juga berkongsi perbualan WhatsApp antara dia dengan pengasuh yang turut mencuri perhatian netizen.
Antara intipatinya perbualan itu pengasuh memberi alasan rimas melihat keadaan rambut kanak-kanak itu yang tidak diikat dengan rapi.
Dari perbualan itu juga, pengasuh mempertahankan perbuatannya dengan memberitahu mengikat rambut adalah perkara yang membuang masa.
Rata-rata netizen yang membaca perkongsian tersebut turut meluahkan pandangan peribadi mereka terhadap perkara itu.
Malah ada juga yang menyifatkan perkara itu tidak sepatutnya berlaku kerana apa perkara berkaitan dengan anak, perlu meminta keizinan daripada ibu bapa mereka.
"Ikat rambut budak makan berjam-jam ke. Siap cakap tolong ikat tak cas," tulis Nurul Jannah Johari.
Kata Tye Khaira,"Dilema mak bekerja, kadang-kadang mak yang betul-betul keluar pejabat lambat dah kena cop penipu."
"Tapi kes ni, sayangnya rambut anak dia. Teringat pengasuh saya dulu, tak silap rasanya nenek, merangkap mak pengasuh anak saya rajin juga ikat dandan semua,"