MAIPs peruntuk RM3.9 juta untuk pelajar miskin
Iklan
Tuanku Syed Faizuddin dan Tuanku Hajah Lailatul Shahreen berkenan menyampaikan sumbangan bantuan persekolahan pelajar miskin.
KANGAR - Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) menyediakan peruntukkan Bantuan Zakat Persekolahan MAIPs Tahun 2020 sebanyak RM3,951,000 untuk diagihkan kepada pelajar miskin.
Peruntukan tersebut membabitkan seramai 5,840 pelajar sekolah rendah dan 7,330 pelajar sekolah menengah seluruh Perlis untuk persediaan sesi persekolahan tahun hadapan.
Iklan
Iklan
Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, setiap pelajar akan menerima agihan RM300 seorang melalui kerjasama pengurusan sekolah dan pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru dengan RM200 daripadanya akan disumbangkan melalui pembelian pakaian sekolah dan buku.
"Sumbangan RM100 secara tunai juga akan diberikan kepada ibu bapa pelajar atau penjaga," titah baginda ketika hadir ke Majlis Penyerahan Bantuan Persekolahan MAIPs Tahun 2020 di pekarangan Masjid Tuanku Syed Putra Jamalullail di Kangar, petang semalam.
Iklan
Titahnya, untuk pembelian pakaian sekolah pula, MAIPs turut menetapkan garis panduan pembelian pakaian persekolahan, selain berharap sumbangan diagihkan sebelum cuti persekolahan bermula membantu pelajar dan keluarga terlibat membuat persediaan sewajarnya.
Berangkat sama ialah Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil dan keberangkatan tiba baginda disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor dan Pengarah Pendidikan Negeri Perlis, Izmi Ismail.
Iklan
Dalam masa sama, Baginda yang juga merangkap Yang Dipertua MAIPs turut menaruh harapan agar setiap rumah asnaf di negeri ini akan mempunyai seorang anak yang berjaya menyambung pengajian sekurang-kurangnya di peringkat diploma.
Pengalaman berdepan situasi cemas di tengah laut termasuk menyelamatkan beberapa mangsa tragedi bot karam baru-baru ini membuatkan Pencipta kandungan atau YouTuber dikenali sebagai Mohd Khushairi Mohd Zuki lebih menitik beratkan soal keselamatan setiap kali turun memancing, lapor wartawan Sinar Harian, Mohd Iskandar Othman.
Berkongsi pengalaman bersama rakan menyelamatkan empat nelayan warga Indonesia yang terapung selama empat hari di tengah laut berhampiran Pulau Jarak pada Rabu lalu, Mohd Khushairi berkata, mereka bernasib baik kerana dapat berpaut pada tong ikan dan botol yang diikat pada badan masing-masing.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/698041/edisi/utara/youtuber-kongsi-pengalaman-selamatkan-empat-mangsa-bot-karam