Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor salur RM1.8 juta

Iklan
Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah merasmikan Wad Hematologi Tunku Laksamana Johor, HSA. - Foto Ihsan The Royal Johor

JOHOR BAHRU - Seramai 563 pesakit menerima manfaat daripada bantuan disediakan Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor setakat Oktober 2018.

Seperti dipetik dalam posting laman Facebook The Royal Johor, dimaklumkan keseluruhan bantuan disalurkan sehingga tempoh tersebut adalah RM1.8 juta melibatkan ubat-ubatan dan peralatan.

Iklan
Iklan

Tahun 2018 juga menyaksikan peristiwa penting buat yayasan tersebut dengan pembukaan Wad Haematologi Tunku Laksamana Johor di Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini, Jun lalu.

Dimaklumkan, lebih 3,000 pesakit telah mendapatkan rawatan sehingga November 2018.

Iklan

Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor juga terus menerima bantuan daripada sukarelawan pelbagai lapisan masyarakat dengan jumlah keseluruhan 839 orang.

Dengan perkembangan itu, legasi Tunku Laksamana Johor, Almarhum Tunku Abdul Jalil Iskandar Sultan Ibrahim terus hidup dan bertambah kuat menerusi yayasan berkenaan.

Iklan

Bagi 2019, Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor merancang menjalin lebih banyak kolaborasi strategi dengan badan bukan kerajaan (NGO) dan badan-badan lain, selain mengukuhkan kumpulan sukarelawannya.

Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor memulakan operasinya pada 2015 dan terus berkembang sejak daripada itu.

Ia tetap berpegang kepada objektifnya, seperti yang diilhamkan oleh Almarhum Tunku Abdul Jalil untuk membantu pesakit kanser dan keluarga mereka.