Maxis Business SPARK Summit 2019 tampilkan pakar industri

Iklan
Paul McManus

MAXIS Business SPARK Summit yang akan berlangsung di EQ Hotel, Kuala Lumpur esok menampilkan penceramah antarabangsa dan pakar industri bagi memberikan inspirasi, melibatkan diri serta memperkasa peserta dengan pandangan bermanfaat mengenai teknologi dalam era Industri 4.0.

Pegawai Perniagaan Ketua Perusahaan Maxis, Paul McManus berkata, Maxis kekal komited untuk menyokong inisiatif transformasi digital selaras dengan agenda ekonomi digital kerajaan.

Iklan
Iklan

Menurut Paul, pihaknya menganjurkan Maxis Business SPARK Summit 2019 bagi meningkatkan kesedaran dan pelaksanaan inisiatif transformasi digital di seluruh negara.

"Sidang kemuncak ini dijangka menarik pakar industri dan pemimpin perniagaan daripada badan korporat, kerajaan dan perniagaan SME dalam memberikan pandangan mengenai gangguan kemajuan pesat teknologi perniagaan yang semakin berkembang dengan gaya hidup digital masa kini.

Iklan

"Transformasi digital merangkumi pemahaman teknologi yang mendalam dan perkongsian untuk mencapai matlamat yang sama. Dengan gangguan digital di seluruh industri, organisasi perlu bekerjasama bagi mempercepatkan usaha transformasi mereka,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Beliau berkata, sidang kemuncak itu dianjurkan dengan harapan dapat mewujudkan lebih banyak kesedaran mengenai potensi teknologi yang boleh dilakukan dalam perniagaan dan memberi inspirasi kepada peserta melalui barisan tokoh perniagaan dan penceramah jemputan.

Iklan

Menurutnya, lebih 20 penceramah dan ahli panel daripada syarikat tempatan serta multinasional terkemuka akan memberi pandangan bermanfaat bagi era teknologi pantas.

Sidang kemuncak itu turut menampilkan pameran rangkaian dan penyelesaian pintar bagi membincangkan idea serta peluang oleh pemimpin utama industri dari Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC), AWS, AirAsia, Cisco, Huawei, IBM, Microsoft, Petronas, Samsung, Vodafone, General Electric, RHB dan Shell.

Maxis menapak ke hadapan dalam membentuk dan mempercepatkan penggunaan teknologi perniagaan sejajar dengan agenda ekonomi digital kerajaan.

Inisiatif utama yang menggariskan komitmen itu termasuklah perkongsiannya dengan MDEC dalam pembangunan ekosistem IoT, Cisco bagi rangkaian perisian tetap dan percepatan 5G negara bersama Huawei.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Maxis Business SPARK Summit dan pendaftaran, layari maxis.com.my/sparksummit.